Siapakah berisiko tinggi untuk menghidap glaukoma?
Siapakah berisiko tinggi untuk menghidap glaukoma?
Bilangan kes penyakit glaukoma biasanya meningkat seiring bertambahnya usia. Semua individu berumur lebih dari 35-40 tahun harus menjalani pemeriksaan mata.
Adik beradik individu dengan glaukoma berisiko lebih besar.
Individu keturunan Afrika mungkin berisiko lebih tinggi untuk glaukoma jenis sudut terbuka.
Individu keturunan Cina mungkin berisiko lebih tinggi untuk glaukoma jenis sudut tertutup.
Individu yang sangat rabun jauh atau rabun dekat mungkin berisiko lebih tinggi untuk glaukoma.
Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.
Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.