Jika seseorang menghidapi glaukoma, adakah terdapat perubahan dalam gaya hidup yang dapat membantu mengawal penyakit ini?
- Tubuh badan yang sihat adalah terbaik untuk mata yang sihat, tetapi tidak ada bukti kuat tentang apa-apa perubahan gaya hidup yang khusus bertujuan untuk meningkatkan kawalan /pencegahan glaukoma.
- Memakan makanan yang kaya dengan antioksidan (sayur-sayuran berdaun hijau, salad) adalah baik secara umum untuk badan.
- Terdapat bukti bahawa memakai tali leher yang ketat boleh meningkatkan tekanan mata.
- Meminum air dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat juga boleh meningkatkan tekanan mata. Pesakit glaukoma boleh minum banyak air (tabiat yang sihat), tetapi mereka harus meminumnya dalam kuantiti sederhana sepanjang hari.
- Semua penyakit sistemik seperti kencing manis dan darah tinggi perlu dikawal dengan sempurna. Pesakit digalakkan berunding dengan doktor yang berkelayakan.
- Pesakit yang makan ubat untuk penyakit darah tinggi tidak digalakkan mempunyai tekanan darah yang terlalu rendah, kerana tekanan darah rendah mungkin boleh memudaratkan glaukoma.
- Pesakit glaukoma boleh melakukan semua aktiviti fizikal (terutamanya senaman aerobik), yang boleh melindungi dari penyakit glaukoma. Senaman Yoga boleh dijalankan tetapi pesakit harus mengelakkan latihan dengan postur kepala seperti shirshasana / sarvangasana (kedudukan yoga di mana kepala di bawah badan) kerana ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan mata.
- Aktiviti meditasi dan berisitirehat boleh membantu mengurangkan tekanan mental dan kebimbangan pada pesakit glaukoma dan penjaga mereka.
- Berhenti merokok adalah sesuatu yang paling bermanfaat kepada kesihatan badan secara keseluruhan.