Adakah glaucoma berkaitan dengan katarak?

Katarak adalah keadaaan di mana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ia terjadi akibat dari proses peningkatan usia. Jika dibiarkan ia akan boleh menyebabkan pengurangan tahap penglihatan. Glaukoma dan katarak boleh wujud bersama dalam satu mata. Katarak boleh dirawat dengan pembedahan. Semasa pembedahan, kanta mata yang keruh itu dikeluarkan dan diganti dengan implant intraokular (IOL). Sekiranya tidak ada masalah penglihatan lain, penglihatan akan pulih sepenuhnya selepas pembedahan.

Pesakit glaukoma perlu menjalani penilaian individu yang komprehensif untuk menentukan strategi pembedahan yang terbaik. Glaukoma yang berada di tahap serius atau tekanan mata tinggi yang tidak terkawal oleh rawatan perubatan / laser harus dinilai untuk pembedahan gabungan glaukoma dan katarak .

Glaukoma juga boleh disebabkan oleh masalah kanta, contohnya yang berlaku jika kanta mata tersisih dari kedudukan normalnya (Glaukoma Phacotopik); ATAU apabila kanta menjadi terlalu tebal dan membengkak (Glaukoma Phacomorfik); ATAU apabila katarak menjadi terlalu matang/masak dan berlaku kebocoran dari kapsul lensa. Senario terakhir ini menyebabkan glaukoma terjadi akibat keradangan atau pemendapan protein lensa dalam jaringan trabekular (Glaukoma phakolitik).

Kehadiran kanta yang besar dalam mata yang kecil, atau kanta yang terletak lebih ke hadapan di dalam ruang mata dapat menerangkan mekanisme untuk glaukoma sudut tertutup.


Adakah glaucoma berkaitan dengan katarak? Fig. 1

Fig. 1. Katarak – Kekaburan kanta mata.


Adakah glaucoma berkaitan dengan katarak? Fig. 2

Fig. 2. Foto Kiri: Kanta jernih di mata pesakit dengan penyakit aniridia (tiada anak mata). Foto tengah: katarak – kekeruhan atau selaput di kawasan tepi keliling kanta. Foto kanan: Katarak yang sudah matang dan tersisih ke bawah.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org