Mata mempunyai cecair yang dikenali sebagai ‘aqueous humor’ (bendalir mata). Cecair ini membekalkan tenaga nutrient kepada struktur di sekelilingnya. Cecair ini dihasilkan oleh ‘ciliary body’ (terletak dibahagian belakang iris ) dan mengalir di antara iris dan kanta mata (lens) melalui struktur yang dikenali sebagai jaringan trabecular atau ‘trabecular meshwork’ yang terletak di bahagian depan sudut mata.
Kebanyakan kes glaucoma adalah disebabkan oleh tekanan mata yang tinggi kerana masalah pengaliran keluar cecair ‘aqueous humor’ yang tersekat atau terlalu perlahan.
Vid. 1. Pengaliran keluar cecair mata yang sempurna berubah kepada pengaliran yang tidak sempurna dan mengakibatkan kerosakan urat saraf optik.
Fig. 1. Saliran Cecair di dalam mata: anak panah biru menunjukkan penyaliran cecair yang normal
Fig. 2. Saliran Cecair di dalam mata: anak panah merah menunjukkan saliran cecair tersekat diakibatkan oleh sekatan di bahagian jaringan trabekular.
Fig. 3. Sistem pengaliran mata: Anak panah berwarna biru menunjukkan pengaliran keluar cecair mata yang normal, Anak panah berwarna merah menunujukkan pengaliran keluar cecair mata yang tidak sempurna.
Fig. 4. Saliran Cecair di dalam mata: anak panah merah menunjukkan saliran cecair tersekat diakibatkan oleh sekatan di bahagian jaringan trabekular.
Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.
Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.