Glaukoma sudut tertutup akut

Terdapat satu jenis glaukoma sudut tertutup yang sangat agresif dan menunjukkan kesan yang teruk. Dalam keadaan ini, terdapat peningkatan tekanan mata yang mengejut dan mengakibatkan kesakitan dalam bola mata yang teruk (dan juga di sekitar mata), kemerahan mata dan kabur penglihatan. Ini dikenali sebagai serangan glaukoma sudut tertutup yang akut dan ia adalah kes kecemasan yang jika tidak dirawat dalam masa yang singkat, boleh menyebabkan kerosakan saraf optik dan kehilangan penglihatan.

Glaukoma sudut tertutup akut biasanya berlaku pada sebelah mata, tetapi ia boleh juga melibatkan kedua-dua mata pada masa yang sama. Kesakitan bola mata dan pengurangan penglihatan dialami beberapa jam oleh pesakit. Anak mata seringkali menjadi besar, dan tidak responsif kepada cahaya.

Episod sakit mata atau penglihatan kabur yang hilang secara spontan mungkin bukan serangan penutupan sudut yang akut.

Rawatan termasuk ubat topikal dan sistemik untuk mengurangkan tekanan mata, diikuti oleh rawatan laser yang bertujuan untuk membuka sudut. (Iridotomi laser) Dalam beberapa kes, prosedur pembedahan juga boleh digunakan untuk merawat penyakit ini.


Glaukoma sudut tertutup akut Fig. 1

Fig. 1. Penutupan sudut akut utama. Kiri-mata biasa. Kanan- Mata merah dan anak mata membesar di dalam mata yang mempunyai glaukoma sudut tertutup akut.


Glaukoma sudut tertutup akut Fig. 2

Fig. 2. Penutupan sudut akut, kelihatan anak mata membesar. Imej kanan menunjukkan kewujudan katarak juga.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org