Glaukoma sekunder – Bolehkah penyakit kencing manis menyebabkan glaukoma? Glaukoma neovaskular

Ini adalah sejenis glaucoma sudut tertutup yang agresif. Ia biasanya memberi kesan kepada individu yang mempunyai penyakit retina, terutamanya salur darah retina yang tersumbat atau retinopati diabetes yang tidak terkawal. Punca kerosakan utama disebabkan oleh retina yang melepaskan factor kimia yang menggalakkan penumbuhan salur darah. Faktor-faktor ini menghasilkan salur-salur darah baru di ruang hadapan mata, biasanya di sudut mata antara iris dan jaringan trabekular. Salur-salur darah baru ini tidak normal dan rapuh dan akan mengakibatkan penutupan sudut mata (halangan sistem saliran).

Strategi rawatan harus tertumpu kepada punca kerosakan utama (iaitu retina kekurangan oksigen) dan juga kawalan tekanan mata. Glaukoma yang agak kompleks ini sering memerlukan usaha gabungan bersama pakar glaukoma dan pakar retina. Pesakit kencing manis harus berusaha untuk mengekalkan kawalan gula darah yang baik sebanyak mana yang boleh.


Glaukoma sekunder – Bolehkah penyakit kencing manis menyebabkan glaukoma? Glaukoma neovaskular Fig. 1

Fig. 1. Glaukoma neovaskular: salur-salur darah baru di sempadan anak mata iris, dinding sudut, yang membawa kepada penutupan sudut sekunder – iaitu iris terlekat ke sistem saliran cecair mata.


Glaukoma sekunder – Bolehkah penyakit kencing manis menyebabkan glaukoma? Glaukoma neovaskular Fig. 2

Fig. 2. Salur darah baru di sempadan anak mata.


Glaukoma sekunder – Bolehkah penyakit kencing manis menyebabkan glaukoma? Glaukoma neovaskular Fig. 3

Fig. 3. Salur darah baru di sudut mata yang membawa kepada penutupan sudut mata sekunder.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org