Glaukoma sekunder – Bolehkah glaukoma berlaku selepas kecederaan (trauma) ke mata?

Apabila mata tercedera, tekanan mata meningkat secara mendadak akibat kerosakan pada struktur sudut mata, hiphema (darah di ruang hadapan mata), keradangan dan beberapa mekanisme lain. Semakin teruk kecederaan, semakin besar peluang untuk glaukoma berlaku dan juga komplikasi mata lain. Tetapi kenaikan tekanan mata juga boleh berlaku di masa hadapan akibat kerosakan struktur jaringan trabekular atau ‘trabecular meshwork’. Jenis glaukoma ini boleh berlaku antara 10 hingga 20 tahun selepas kecederaan asal. Ia juga dianggap sebagai kes-kes glaukoma sekunder.

Adalah disyorkan bahawa mana-mana individu yang telah mengalami kecederaan pada mata mendapatkan pemeriksaan dari doktor pakar mata dari masa ke semasa.


Glaukoma sekunder – Bolehkah glaukoma berlaku selepas kecederaan (trauma) ke mata? Fig. 1

Fig. 1. Gambar kiri: Kecederaan ringan di mana struktur anak mata kelihatan tidak teratur bulat (anak panah). Gambar tengah: Kecederaan teruk dimana anak mata terkoyak dari tapaknya di sudut mata. Gambar kanan: Kecederaan dalam mata yang membawa kepada pendarahan di dalam bola mata - darah di sudut mata menyekat saliran cecair di dalam mata.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org