Glaucoma sudut terbuka

Seperti dalam semua bentuk glaukoma, kerosakan utama berlaku kepada saraf optik. Tekanan mata yang cukup tinggi akan merosakkan saraf optik, iaitu struktur yang menghubungkan mata ke otak.

“Sudut” adalah bahagian mata di mana iris bertemu kornea dan sklera. Sistem saliran cecair di dalam mata terletak di bahagian ini – iaitu “trabecular meshwork”, yang terdiri daripada pelbagai lapisan tisu penghubung kolagen. ‘Trabecular meshwork’ membentuk struktur seperti jaring yang terdiri daripada lapisan ruang besar dan kecil di dalam struktur itu.

Glaukoma sudut terbuka, seperti namanya, mempunyai ciri sudut terbuka. Tiada apa-apa yang menghalang aliran cecair di dalam mata untuk mencapai ‘trabecular meshwork’, bagaimanapun, masalah di dalam ruang sistem ‘trabecular meshwork’ menyebabkan peningkatan tentangan terhadap aliran cecair di dalam mata. Akibatnya, tekanan di dalam mata makin meningkat, biasanya tanpa sebarang tanda yang dirasai. Ini secara perlahan merosakkan saraf optik.


Vid. 1.


Glaucoma sudut terbuka Fig. 1

Fig. 1. Aliran keluar cecair mata yang normal. Bahagian di mana iris bertemu kornea dinamakan "Sudut" atau “Angle” (lokasi sistem saliran cecair di dalam mata).


Glaucoma sudut terbuka Fig. 2

Fig. 2. Gambar sebenar sudut mata manusia - menunjukkan lokasi jaringan trabekular atau ‘trabecular meshwork’.


Glaucoma sudut terbuka Fig. 3

Fig. 3. Sistem saliran cecair di dalam mata: anak panah biru menunjukkan aliran keluar yang normal, anak panah merah menunjukkan aliran keluar terjejas akibat gangguan trabecular meshwork.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org