Apakah ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti penyakit glaukoma?

Glaukoma dikenalpasti dengan melakukan 4 ujian penting seperti berikut:

  1. Pengukuran tekanan mata dengan alat ‘tonometer’. (Bagaimana pemeriksaan tonometer dilakukan?)
  2. ‘Gonioskopi’ untuk melihat sudut pengaliran cecair mata (trabecular meshwork) dan memastikan samada ia terbuka atau tertutup. (Bagaimanakah pemeriksaan gonioskopi dilakukan?)
  3. Pemeriksaan struktur saraf mata. (Bagaimanakah saraf optik diperiksa?)
  4. Penilaian fungsi saraf mata (medan penglihatan/perimetri). (Bagaimanakah medan penglihatan diperiksa?)

Selain daripada ujian asas ini, ujian tambahan yang boleh dilaksanakan termasuk:

  • Pachymetry (mengukur ketebalan kornea): membantu mentafsir pengukuran tekanan mata.
  • Ujian medan penglihatan (frekuensi berganda/perimetri gelombang pendek): untuk menilai aspek yang berbeza fungsi saraf mata.
  • Pengimejan saraf mata dan lapisan saraf retina (urat mata) dengan mesin seperti HRT, GDx atau OCT: untuk menilai dan mengukur kerosakan saraf mata secara objektif.
  • Penilaian tambahan sudut mata dengan ‘ultrasound biomicroscopy’ (UBM)/anterior segment optical coherence tomography (ASOCT). Ujian ini hanya diperlukan untuk kes-kes tertentu. Selalunya pemeriksaan ‘gonioskopi’ mencukupi untuk menilai sudut mata.

World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org