Perubahan dalam gaya hidup untuk rawatan glaukoma

  • Tubuh badan yang sihat adalah terbaik untuk mata yang sihat, tetapi tidak ada bukti kuat tentang apa-apa perubahan gaya hidup yang khusus bertujuan untuk meningkatkan kawalan /pencegahan glaukoma.
  • Memakan makanan yang kaya dengan antioksidan (sayur-sayuran berdaun hijau, salad) adalah baik secara umum untuk badan.
  • Terdapat bukti bahawa memakai tali leher yang ketat boleh meningkatkan tekanan mata.
  • Meminum air dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat juga boleh meningkatkan tekanan mata. Pesakit glaukoma boleh minum banyak air (tabiat yang sihat), tetapi mereka harus meminumnya dalam kuantiti sederhana sepanjang hari.
  • Semua penyakit sistemik seperti kencing manis dan darah tinggi perlu dikawal dengan sempurna. Pesakit digalakkan berunding dengan doktor yang berkelayakan.
  • Pesakit yang makan ubat untuk penyakit darah tinggi tidak digalakkan mempunyai tekanan darah yang terlalu rendah, kerana tekanan darah rendah mungkin boleh memudaratkan glaukoma.
  • Pesakit glaukoma boleh melakukan semua aktiviti fizikal (terutamanya senaman aerobik), yang boleh melindungi dari penyakit glaukoma. Senaman Yoga boleh dijalankan tetapi pesakit harus mengelakkan latihan dengan postur kepala seperti shirshasana / sarvangasana (kedudukan yoga di mana kepala di bawah badan) kerana ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan mata.
  • Aktiviti meditasi dan berisitirehat boleh membantu mengurangkan tekanan mental dan kebimbangan pada pesakit glaukoma dan penjaga mereka.
  • Berhenti merokok adalah sesuatu yang paling bermanfaat kepada kesihatan badan secara keseluruhan.

World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org