Pembedahan Trabekulektomi

Dalam pembedahan glaucoma ini, satu lubang saliran kecil (fistula) dibuat untuk mengalirkan cecair dari dalam mata ke bahagian luar mata, dengan itu mengurangkan tekanan di dalam mata. Ini adalah pembedahan yang paling biasa dilakukan untuk glaukoma, dan dikenali sebagai trabekulektomi.

Dalam teknik pembedahan ini, lubang fistula dibuat pada lapisan luar bola mata pada persimpangan antara kornea dan sklera. Ia dilakukan untuk membolehkan pengaliran cecair dari dalam mata mengalir keluar melalui saluran alternatif yang baru. Cecair di dalam mata disalurkan melalui lubang kecil fistula ini ke takungan di bawah kulit lapisan luar mata (ruang sub-Tenon / sub-konjunctival) yang dipanggil ‘bleb penapisan’. Ada jahitan yang juga diletakkan bertujuan untuk mengawal aliran cecair yang keluar dari fistula. Cecair ini kemudian diserap melalui kapilari darah di keliling mata. Pembedahan biasanya dilakukan di bahagian atas bola mata yang terletak di bawah kelopak mata.

Selepas pembedahan, satu lepuh/parut berwarna putih kecil boleh dilihat di bahagian atas mata dan ini dipanggil ‘bleb’. Dalam kebanyakan kes, bleb tetap dilindungi oleh kelopak mata yang atas dan tidak boleh dilihat kecuali kelopak mata dinaikkan ke atas.


Pembedahan Trabekulektomi Fig. 1

Fig. 1. Pandangan Skema pembedahan trabekulektomi menunjukkan aliran cecair mata melalui saluran baru.


Pembedahan Trabekulektomi Fig. 2

Fig. 2. Penampilan Trabeculektomi: Foto kiri – gambar awal selepas pembedahan menunjukkan penampilan bleb dan kemerahan lapisan luar kulit mata (konjuntiva). Foto kanan – gambar beberapa minggu selepas pembedahan menunjukkan bleb yang berfungsi dan kurang kemerahan konjuntiva.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org