Iridotomi laser

Prosedur ini sering disyorkan untuk mata pesakit yang mempunyai sudut tertutup di mana terdapat sekatan cecair dalam mata dari ruang belakang iris mengalir ke ruang hadapan iris pada tahap anak mata. (Glaukoma sudut tertutup).

Untuk prosidur ini, satu lubang atau pembukaan dibuat di iris dengan mesin laser untuk membenarkan cecair mengalir dari dari ruang belakang iris ke ruang hadapan iris. Prosedur ini dilakukan kepada mata yang mempunyai ciri-ciri sudut tertutup untuk mencegah penutupan sudut mata berlaku dan juga sebagai rawatan jika pesakit mengalami serangan akut sudut mata tertutup.


Iridotomi laser Fig. 1

Fig. 1. Rajah kiri menunjukkan anak mata tersekat dan sudut tertutup. Rajah tengah menunjukkan iridotomi laser - lubang dalam tisu iris. Rajah kanan menunjukkan iridotomi terbuka yang menyambungkan ruang hadapan dan belakang iris, meleraikan anak mata tersekat dan membuka sudut mata yang tertutup.


Iridotomi laser Fig. 2

Fig. 2. Laser iridotomi. Rajah kiri: anak panah merah menunjukkan iridotomi. Rajah kanan: iridotomi di bahagian atas iris


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org