Bagaimanakah saraf optik diperiksa?

Lampu yang terang akan digunakan untuk menilai penampilan saraf optik, dan menilai kehadiran kerosakan diakibatkan oleh glaukoma. Ia adalah prosedur yang cepat dan selesa.

Saraf optik diperiksa dengan mesin lampu celah atau ‘slit lamp’ dan menggunakan kanta khas, biasanya tanpa menyentuh mata. Saraf optik juga boleh dinilai dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai ‘Ophthalmoscope’. Doktor mata akan melihat di dalam mata anda dengan menghampiri anda dengan dekat menggunakan alat ini.

Gambar saraf optik juga boleh diambil untuk disimpan sebagai rekod dan memantau apa-apa perubahan dari semasa ke semasa. Anak mata anda perlu dikembangkan dengan ubat titis untuk pemeriksaan ini.


Bagaimanakah saraf optik diperiksa? Fig. 1

Fig. 1. Peperiksaan mata di mesin lampu celah.


Bagaimanakah saraf optik diperiksa? Fig. 2

Fig. 2. Dan dengan Direct ophthalmoscope.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org