Sudut mata yang sempit

“Sudut” adalah bahagian di mata di mana iris bertemu dengan kornea dan sklera. Sistem penyaliran cecair mata ini terletak di rantau ini – iaitu jaringan trabekular atau ‘trabecular meshwork’.

Glaukoma sudut tertutup biasanya melibatkan “Mata yang kecil” – di mana struktur di dalam mata agak terhimpit di dalam bola mata yang lebih kecil. Pada masa yang sama, sudut yang tersumbat oleh bahagian pangkal iris akan membawa kepada peningkatan tekanan mata dan kerosakan pada saraf optik. (Glaukoma sudut tertutup)

Persentuhan antara pangkal iris dan jaringan trabekular atau ‘trabecular meshwork’ merupakan faktor terjadinya penyakit tersebut. Dalam kes ini, tanpa mengira samada nilai tekanan mata normal atau penampilan normal kepala saraf optik, rawatan mungkin ditujukan untuk menghalang glaukoma sudut tertutup akut terjadi. Apabila dikenalpasti ada sudut mata sempit, yang berlaku tanpa kehadiran penyakit mata lain, ini bermakna bahawa penyakit glaukoma sudut tertutup telah dikesan pada peringkat awal.

Mekanisme penutupan sudut mata dipanggil ‘pupillary block’, dan ia berlaku disebabkan aliran cecair mata tersumbat pada tahap anak mata (dari bahagian belakang mata ke bahagian depan mata). Ini mengakibatkan tekanan di bahagian belakang anak mata meningkat. Hasilnya iris tertolak ke hadapan dan seterusnya mengakibatkan sudut mata tersumbat. (Glaukoma sudut tertutup)

Rawatan yang lazimnya akan dipertimbangkan dalam rawatan glaukoma sudut tertutup adalah ‘laser iridotomy’. Prosidur ini akan menghasilkan hubungan baru antara bahagian depan dan belakang segmen mata (melalui iris). Ia bertujuan untuk meleraikan mekanisme ‘pupillary block’, dengan mengubah posisi iris dan dalam kebanyakan kes, membuka sudut mata. (Iridotomi laser) Pembedahan katarak, atau penyingkiran kanta semulajadi dan penggantian dengan kanta tiruan yang nipis, juga boleh membantu membuka sudut mata.


Sudut mata yang sempit Fig. 1

Fig. 1. Sudut terbuka normal (rajah kiri) dan saliran cecair normal ( rajah tengah). Rajah di bahagian kanan menunjukan “pupillary block” and sudut tertutup kerana rangakaian trabekular dan iris bersentuhan.


Sudut mata yang sempit Fig. 2

Fig. 2. Rajah kiri menunjukkan ‘pupillary blok’ dan sudut tertutup. Rajah tengah menunjukkan ‘laser iridotomy’- iaitu lubang dalam tisu iris yang dibuat oleh laser. Rajah kanan menunjukkan lubang iridotomy yang menghubungkan bahagian depan dan belakang segmen mata, langsung meleraikan ‘pupillary blok’ dan membuka sudut mata.


Sudut mata yang sempit Fig. 3

Fig. 3. Laser iridotomy. Rajah kiri: anak panah merah menunjukkan iridotomy. Rajah kanan: iridotomy dibahagian atas iris.


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org