Glaukoma kongenital

Glaukoma boleh berlaku kepada bayi disebabkan perkembangan sistem pengaliran mata yang terencat. Tanda-tandan glaukoma kongenital adalah berbeza berbanding glaukoma yang berlaku kepada orang dewasa. Selalunya pesakit hadir dengan bola mata yang besar atau bahagian kornea menjadi kelabu kebiruan kerana kornea membengkak disebabkan tekanan mata yang tinggi. Bayi akan hadir dengan masalah tidak tahan dengan cahaya terang, mata tertutup apabila terkena cahaya (blepharospasm) dan mata berair yang berlebihan (ini boleh juga disebabkan oleh masalah lain seperti longkang air mata yang tersumbat “nasolacrimal duct obstruction”)

Kongenital glaukoma adalah penyakit yang merbahaya kepada penglihatan dan boleh menyebabkan kebutaan. Pesakit perlu berjumpa dengan pakar mata secepat mungkin. Pemeriksaan dalam keadaan bius (examination under anesthesia) adalah diperlukan untuk pemeriksaan lanjut dan meyeluruh. Pembedahan adalah rawatan utama untuk penyakit ini. Diagnosis awal dan rawatan yang tepat sangat penting untuk mengekalkan penglihatan yang baik untuk jangka masa panjang.

Pesakit memerlukan rawatan susulan pada jangka masa yang panjang untuk memantau tekanan mata dan saraf optik. Pemakaian cermin mata dan rawatan “eye patching’ (tutup sebelah mata) mungkin diperlukan untuk memastikan perkembangan dan pengekalan penglihatan mata yang baik.

If your baby/toddler appears to have one or more of the characteristics cited here, please get a consultation with an ophthalmologist as soon as possible!

Lab Buddy

Glaukoma kongenital Fig. 1

Fig. 1. A - glaukoma kongenital pada sebelah mata – Mata kanan yang besar, berwarna biru kekelabuan B- Kornea yang membesar (KANAN>KIRI) tanpa perubahan warna kornea C- Kornea yang besar (KIRI>KANAN) tanpa perubahan warna kornea


Glaukoma kongenital Fig. 2

Fig. 2. Mata yang mempunyai Glaukoma Kongenital A- Kornea yang berwarna biru kekelabuan B- Kornea yang bengkak sedikit dan mempunyai kedutan di tengah (striae)


Glaukoma kongenital Fig. 3

Fig. 3. Glaukoma kongenital : Blepharospasm – (mata tertutup apabila terkena cahaya yang kuat)


Glaukoma kongenital Fig. 4

Fig. 4. Pemeriksaan tekanan mata ketika pesakit glaukoma kongenital dalam keadaan bius


World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org