Bagaimana penyakit glaucoma berterusan dalam jangkamasa panjang?

Kebanyakan kes glaukoma berterusan dengan senyap, kerana pesakit tidak perasan kehilangan penglihatan sehinggalah ia menjadi kritikal dan terjadi kepada kedua-dua belah mata, atau mungkin pesakit menganggap bahawa kehilangan penglihatan boleh dirawat contohnya atas sebab lain seperti katarak. Apabila penyakit itu berada pada peringkat lanjut, kebanyakan pesakit akan merasai kemerosotan penglihatan. Kerosakan glaukoma yang berlaku kepada saraf mata tidak dapat dipulihkan, jadi apa yang sudah hilang/rosak tidak dapat kembali sempurna.

Atas sebab sifat penyakit glaukoma di mana pada tahap awal ia jarang dikesan dan kerosakan yang berlaku tidak dapat dipulihkan, glaukoma menjadi salah satu punca utama kebutaan di seluruh dunia. Glaukoma tidak dapat disembuhkan, namun penyakit ini boleh dirawat dan kerosakan saraf mata akibat glaukoma dapat dibatasi malah boleh dihentikan. Oleh itu, penyakit glaukoma yang dapat dikesan pada peringkat awal dan mendapat rawatan susulan yang sesuai dapat mengekalkan penglihatan elok sepanjang hayat.

Ini adalah satu alasan yang baik untuk menjalani pemeriksaan mata anda dengan pakar mata anda secara berkala. Tanyakan pakar mata anda mengenai tahap tekanan mata anda dan penampilan cakera optik anda.

Lab Buddy

World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org