Statistik

  • Glaukoma adalah punca yang paling tinggi bagi kebutaan yang tidak dapat dipulihkan.
  • Berdasarkan kajian, dianggarkan 79.6 juta individu akan menghidapi glaukoma pada tahun 2020. Jumlah ini berkemungkinan meningkat kepada 111.8 juta individu pada tahun 2040.
  • Sekurang-kurangnya separuh daripada mereka yang mempunyai glaukoma tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit ini. Di sesetengah negara membangun, 90% glaukoma tidak dapat dikesan.
  • Dalam banyak kes, glaukoma pesakit tidak perasan mereka menghidapi glaukoma.
  • Dianggarkan bahawa lebih daripada 11 juta individu akan menjadi buta kedua-dua mata akibat glaukoma pada tahun 2020 (sekitar 13% daripada kes keseluruhan).
  • Dalam kebanyakan kes, kebutaan boleh dicegah dengan kawalan rapi dan rawatan yang sesuai.
  • Di Amerika Syarikat, kebutaan adalah masalah kesihatan yang ketiga paling ditakuti, selepas serangan kanser dan jantung.
  • Malangnya, ramai individu tidak menyedari kewujudan penyakit glaukoma.
  • Tahap kesedaran yang lebih tinggi dapat mencegah kecacatan penglihatan dalam bilangan ramai orang.

World Glaucoma Association

Pesanan penting untuk pesakit glaukoma

Adalah amat penting bagi anda untuk menjalani pemeriksaan glaukoma secara berkala. Sekiranya anda didapati menghidap glaukoma, pilihan rawatan yang berkesan kini tersedia dan rawatan dan pemeriksaan lanjut secara berkala dapat membantu anda mengekalkan penglihatan sepanjang hayat anda, di samping mengelakkan perasaan takut akan menjadi buta.

Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan glaukoma dan menikmati kualiti hidup yang sangat baik, terutamanya jika penyakit ini dikesan lebih awal dan dirawat tepat pada waktunya. Sentiasa ingat bahawa setelah anda menghidap glaukoma, anda mesti berada di bawah jagaan doktor mata sepanjang hayat anda. Terdapat banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di masa ini dan rawatan baru untuk glaukoma mungkin akan didapati dalam masa terdekat.

World Glaucoma Association

www.worldglaucoma.org
WGA Facebook
WGA Twitter

World Glaucoma Congress

www.worldglaucomacongress.org

WGA.ONE

www.wga.one

International Glaucoma Review

www.e-igr.com

World Glaucoma Week

www.worldglaucomaweek.org